LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

SUBANG, 11 April - Kewujudan Maritim Malaysia sebagai sebuah agensi penguat kuasa maritim tunggal dilihat relevan dalam menjamin keselamatan perairan negara. Meskipun Maritim Malaysia sebuah agensi yang berusia 14 tahun dan masih baharu jika dibandingkan dengan agensi penguat kuasa yang lain, namun Maritim Malaysia telah mempamerkan keberhasilannya dalam menjaga keselamatan perairan Malaysia.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin HajiMohd Yassin, beliau memahami cabaran yang dihadapi Maritim Malaysia dalampelbagai isu seperti kekurangan infrastruktur, aset laut dan udara serta masalah kekurangan peruntukkan untuk menyelenggara aset-aset bagi melaksanakan fungsi dan peranannya di laut. Pada masa ini, pihak kementerian sedang berusaha mengatasimasalah yang dihadapi.

Kata beliau, peranan Maritim Malaysia kini bukan sahaja dilihat sebagai menjagakeselamatan perairan negara bahkan ia juga menjadi sebagai salah satu bentengpertahanan ke-dua yang bertanggungjawab dalam memastikan perairan Malaysiatermasuk udaranya sentiasa aman dan terpelihara.

“Banyak kes yang membabitkan kegiatan pelanunan dan rompakan di laut berjaya dipatahkan oleh Maritim Malaysia sehingga kesemua penjenayah berjaya dihadapkanke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal. Maritim Malaysia juga merekodkan pencapaian signifikan dan membanggakan apabila mencatatkan penurunan statistik jenayah maritim daripada 48.6% pada tahun 2006 kepada 2.2% pada tahun 2018. Hingga kini, lebih 300,000 operasi penggeledahan di laut dan lebih 11,000 kes tangkapan meliputi pelbagai kesalahan jenayah maritim telah berjaya dilakukan”

Katanya lagi, “Kementerian Dalam Negeri juga akan memberi perhatian terhadap keperluan Maritim Malaysia dalam perolehan aset-aset laut dan udara yang baharuyang amat diperlukan dalam melaksanakan operasi penguat kuasaan undang-undang dan aktiviti mencari dan menyelamat di laut.”

“Maritim Malaysia juga bakal menerima tiga buah Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) yang kini masih dalam proses pembinaan dan OPV pertama dijangka siap pada tahun hadapan dengan menggunakan kepakaran tempatan.”

Lawatan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin ke APMMyang diadakan di Stesen Udara Maritim Subang ini turut disertai Ketua SetiausahaKementerian Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato’ Seri Alwi bin Haji Ibrahim bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.

 

sums fyeb

sums xx

sums xxy

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia