LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 10 April – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B dengan muatan dianggarkan seberat 1.4 tan ditahan pihak Maritim Malaysia Pulau Pinang pada kedudukan kira-kira 2.6 batu nautika dari Barat Tanjung Kolok pada jam kira-kira 10.29 malam dalam sebuah operasi khas yang dijalankan baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati, seorang tekong lelaki warganegara tempatan berumur 64 tahun bersama tiga orang awak-awak warganegara tempatan semuanya lelaki berumur lingkungan 43 hingga 58 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 8 batu nautika dari daratan terhampir.

"Bot berkenaan dijumpai bersama dua gulung pukat tunda, dua buah besi tunda dan hasil tangkapan lebih kurang 1,400 kilogram ikan campur telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pihak kami memandang serius terhadap kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan agar Komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

 

BOT PUKAT TUNDA 1 TAN. 3

BOT PUKAT TUNDA 1 TAN. 2

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang