LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 11 April - Sebuah bot nelayan tempatan kelas A (Pukat Jerut Bilis) yang membawa muatan ikan bilis dianggarkan 700 kilogram, ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika Tanjung Kemarong, Pulau Langkawi oleh kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Langkawi pada jam 11.10 pagi Selasa lepas.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali Mohd Said berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong dan seorang awak-awak warganegara Malaysia serta 25 orang awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot tersebut.

“Bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat bilis kurang dari 1 batu nautika dari pantai. Bot ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Aktiviti memukat di kawasan larangan akan menyebabkan kerosakan ekosistem di kawasan tersebut,” katanya.

Pihak Maritim Malaysia memohon kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara ini.

 

 

bot pukat jerut bilis

bot pukat jerut bilis. 2

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah & Perlis