LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Terengganu, 9 April - Sebuah bot nelayan bersama tujuh kru Vietnam ditahan Maritim Negeri Terengganu pada jarak 32.5 batu nautika dari muara Kuala Terengganu semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata bot tersebut ditahan oleh aset Maritim Negeri Terengganu yang sedang melakukan rondaan Ops Iman. Bot nelayan tersebut didapati melanggar syarat lesen selain disyaki menggunakan nombor pendaftaran tempatan meskipun mereka adalah bot nelayan asing.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam orang awak-awak termasuk tekong berumur antara 28 hingga 51 tahun. Selain itu nilai rampasan dianggarkan hampir RM 1juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan.

Bot tersebut kemudian dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen akta perikanan 1985 kerana disyaki memalsukan dokumen bot dan juga melanggar syarat-syarat lesen.

Sehingga awal April sebanyak  21 tangkapan  telah berjaya dilakukan pada oleh Maritim Negeri Terengganu dan mereka memberitahu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mana akan merugikan negara.

 

pgwl 16 1

pgwl 16

pgwl 123

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Terengganu