LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

TAWAU, 8 April – Sebuah bot nelayan yang disyaki melakukan kesalahan dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Akta Imigresen 1959/63 telah ditahan bersama tekong dan dua orang nelayan oleh Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau di perairan Tinagat, Tawau semalam.

 

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu telah menahan dan memeriksa bot berkenaan tanpa nombor pendaftaran pada jam lebih kurang 5.56 petang.

 

"Pemeriksaan awal mendapati lesen bot yang dikemukan telah tamat tempoh manakala tekong dan dua nelayan disyaki warga Indonesia berumur dalam lingkungan 49 hingga 54 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.  Bot dan kesemua yang ditangkap diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut," katanya.

 

 PR Tangkapan 07.04.2019 2

PR Tangkapan 07.04.2019 3

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau 

TEKONG BERSAMA DUA NELAYAN

DITANGKAP MARITIM MALAYSIA TAWAU

 

TAWAU, 8 April – Sebuah bot nelayan yang disyaki melakukan kesalahan dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Akta Imigresen 1959/63 telah ditahan bersama tekong dan dua orang nelayan oleh Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau di perairan Tinagat, Tawau semalam.

 

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu telah menahan dan memeriksa bot berkenaan tanpa nombor pendaftaran pada jam lebih kurang 5.56 petang.

 

"Pemeriksaan awal mendapati seorang tekong dan dua nelayan disyaki warga Indonesia berumur dalam lingkungan 49 hingga 54 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta lesen bot yang telah tamat tempoh. Bot serta kesemua yang ditangkap diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut," katanya.