LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 07 April- Hajat untuk tangguk kerang tidak berjaya apabila bot nelayan Thailand itu ditahan kerana disyaki menangguk kerang di perairan Kuala Perlis oleh pihak Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis pada jarak kira-kira 1.3 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam lebih kurang 08.00 pagi  semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi membanteras kemasukan nelayan asing ke perairan Malaysia hari ini berjaya mengesan sebuah bot nelayan Thailand itu.

Semasa menghampiri bot tersebut, tekong bersama awak-awak telah bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke daratan berhampiran. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat hasil tangkapan kerang dianggarkan lebih kurang 40 kg. Bot tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1) (a) kerana pencerobohan nelayan asing  serta melakukan aktiviti menangguk kerang di perairan Malaysia. Bot tersebut kemudian dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia,” Jelas beliau.

tangguk kerang 1

tangguk kerang 2

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis