LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 3 April – Sebuah bot nelayan asing bersama seorang tekong dan lima orangawak-awak berputih mata apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Maritim Negeri Pahang pada jam kira-kira 5 petang semalam.

Bot nelayan asing disyaki dari Vietnam berjaya dikesan oleh pihak Maritim Malaysia ketika mereka sedang leka menangkap ikan di lokasi lebih kurang 68 batu nautika Tenggara dari Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain Bin Mohd Omar berkata, bot nelayan asing tersebut membawa ikan dan sotong yang dianggarkan seberat 70 kilogram. Ia dipercayai diperolehi dalam perairan Malaysia dan cuba dibawa keluar untuk dijual di negara asing dengan harga yang lebih tinggi. Jumlah keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 500 ribu.

Kesemua enam nelayan Vietnam berumur lingkungan 24 hingga 54 tahun dan bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dato’ Zulkarnain berkata, sehingga hari ini, Maritim Negeri Pahang telah melakukan hampir 317 pemeriksaan dan 12 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

KM PEKAN

KM PEKAN 3

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pahang