LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 3 April – Salah seorang mangsa yang hilang akibat bot mereka terlanggar tali bot tunda telah dijumpai di perairan Langkawi pagi tadi.

Mayat mangsa Cheng Keng Seng, 63, ditemui terapung berhampiran Pulau Jerkom Besar oleh nelayan pada jam 11.50 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata mayat mangsa dijumpai kira-kira 3.8 batu nautika daripada lokasi kejadian.

Sebelum ini, bot fiber yang dinaiki mangsa bersama dua orang pemancing karam, selepas dimasuki air akibat terlanggar tali bot tunda milik Syarikat Pengangkutan Bersatu Langkawi.

Dua orang mangsa berjaya diselamatkan oleh bot peronda Maritim Malaysia manakala, tekong bot tersebut hilang di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang ditemui, dibawa ke jeti Maritim Malaysia Bukit Malut oleh bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tiba pada jam 12.20 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan nelayan tempatan yang terbabit sepanjang pencarian mangsa selaku agensi yang bertanggungjawab mengkoordinasi operasi SAR ini.

 

mayat tekong bot ditemui

mayat tekong bot ditemui 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat,

Ibu Pejabat Maritim Negeri  Kedah dan Perlis,