LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 2 April - Tiga kru bot fiber bernasib malang apabila bot mereka terlanggar tali sebuah bot tunda yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam laut pada kira-kira jam 11.00 malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, kejadian berlaku di lokasi lebih kurang 1.4 batu nautika barat daya Pulau Langkawi ketika bot tunda tersebut dalam perjalanan dari Pulau Langkawi menuju ke Kuala Kedah manakala bot fiber tersebut berasal dari Kuala Perlis.

“Pusat Operasi Maritim Langkawi telah menerima maklumat berkaitan kejadian dari pengadu memaklumkan kejadian sebuah bot fiber bersama tiga orang kru telah terlanggar tali bot tunda milik Syarikat Pengangkutan Bersatu Langkawi,” katanya.

Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis kemudian menyalurkan maklumat kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai mangsa yang disyaki hilang Chen Keng Seag, 63 manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan iaitu MD Saad bin Bulat, 63, dan Chen Ah Bee, 37 pada malam kejadian oleh bot peronda maritime.

Maritime Rescue Sub-centre (MRSC) Langkawi telah mengkoordinasikan operasi CARILAMAT yang bertumpu di kawasan kejadian dengan sektor pencarian berkeluasan 15 batu nautika persegi melibatkan bantuan aset dari pasukan sahabat.

Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Kedah dan Perlis menyeru agar orang awam melaporkan sebarang aduan jenayah dan kecemasan di laut di talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750.

 

SM SEORANG HILANG BOT TERLANGGAR BOT TUNDA

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis