LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 2 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor berjaya menahan seramai 46 orang warga Indonesia disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan dalam operasi pada malam semalam dan pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, berkata, atas maklumat awam satu operasi bersama telah diadakan secara gabungan ZMTS dan JIM Johor. Serbuan telah dilakukan pada jam8.40 malam ketika kesemua suspek cuba menaiki bot di perairan Desaru. Seramai 22 migran terdiri daripada 14 lelaki dan lapan wanita disyaki warga Indonesia telah berjaya ditahan dalam belukar dan pantai berhampiran Komplek Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

"Sebelum serbuan darat dibuat, sebuah bot milik Maritim Malaysia telah dirempuh oleh bot penyeludup manusia yang sarat membawa migran dipercayai daripada Indonesia yang baru tiba di pantai sebelum berpatah balik dipercayai menuju perairan Malaysia. Rempuhan tersebut menyebabkan kerosakan teruk ke atas bot milik Maritim Malaysia. Serbuan dilakukan demi keselamatan migran khususnya jika terdapat wanita dan kanak-kanak kerana bot yang mereka tunggu telah berpatah balik dan sindiket terlibat  telah melarikan diri," katanya.

Dalam serbuan lain pada pagi ini kerjasama bersama PDRM Balai Bandar Penawar seramai 24 lagi migran disyaki warga Indonesia berjaya ditahan di lokasi yang sama lebih kurang jam 10.00 pagi dipercayai saki baki migran. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 46 orang iaitu 38 lelaki dan lapan wanita.

Menurut Zulfadli lagi, kesemua akan dikendalikan selanjutnya oleh Maritim Malaysia dan JIM Johor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 serta Akta Pemerdagagan Manusia dan Penyelupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan penyeludupan migran, Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM 250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali”.

Zulfadli turut menasihati warga Indonesia yang ingin pulang ke kampung halaman atau datang ke Malaysia, agar menggunakan laluan yang sah atau mereka juga boleh membuat proses dokumentasi di kedutaan Indonesia dan Pejabat Imigresen Malaysia supaya dapat pulang dengan selamat.

Maritim Malaysia dan JIM akan meneruskan lagi operasi seperti ini bagi membendung dan membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut untuk keluar dan masuk memandangkan cara ini amat merbahaya dan sindiket penyeludupan manusia juga dilihat seperti amat tidak menghargai nyawa penumpang-penumpang mereka.

WhatsApp Image 2019-04-02 at 01.34.46 WhatsApp Image 2019-04-02 at 01.34.45
   

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg. Sedili