LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 27 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal tangki pada jam kira-kira 11.50 pagi tadi di kedudukan lebih kurang 3.2 batu nautika Tenggara Tg.Penyusop di perairan Pengerang.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, berkata, sebuah kapal tangki tanpa muatan berbendera Indonesia ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam op Jaksa.Penahanan dibuat setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan apa-apa dokumen kebenaran bersauh dari Jabatan Laut Malaysia.

"Kapal tangki tersebut dikendalikan oleh 14 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 25 hingga 58 tahun yang kesemuanya warganegara Indonesia.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun. Dua kru kapal tangki tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya,'' katanya lagi.

Zulfadli menjelaskan lagi, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara.''

 

WhatsApp Image 2019-03-27 at 10.45.46 3

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg. Sedili