LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 28 Mac  Seorang mangsa warga Indonesia yang dikhuatiri lemas berdekatan Jambatan Kedua Pulau Pinang berhampiran susur keluar Batu Kawan akhirnya berjaya ditemui  pada jam 3.28 petang selepas hari kedua operasi Carilamat (SAR) dijalankan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan mengenai seseorang dipercayai lemas lebih kurang pukul 3.30 petang kelmarin.

Mangsa yang lemas dikenalpasti sebagai Hardyansyah, seorang lelaki, berusia 25 tahun yang berasal dari Acheh,Indonesia. Menurut salah seorang rakan mangsa, mereka memasang pukat berdekatan muara Sungai Kluang. Tanpa disedari mangsa hanyut ke arah Jambatan Kedua Pulau Pinang dan lemas. Arus yang deras menjadi punca rakan-rakannya gagal menyelamatkan mangsa yang hanyut ke tengah laut.

"Mayat mangsa berjaya ditemui hasil daripada operasi carilamat yang disertai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Malaysia,"  kata beliau. 

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bayan Baru dan dirujuk ke Hospital Balik Pulau bagi bedah siasat,"  katanya.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

003

001004