LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING, 25 Mac Maritim Malaysia Negeri Sarawak semalam berjaya menahan sebuah Bot Nelayan Asing (BNA) yang dipercayai dari negara Vietnam disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 52 batu nautika barat laut Tanjung Sirik.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihak kami mula mengesan vesel tersebut pada jam 3.10 pagi dan kejar mengejar selama lebih dua jam berlaku sebelum kami berjaya untuk merapat pada bot tersebut pada jam 5.30 pagi dan melakukan pemeriksaan terhadap bot tersebut.

Kecekapan anggota telah berjaya menghalang kru vesel terbabit dari melakukan penangkapan ikan. Kejayaan operasi ini juga adalah hasil daripada maklumat daripada komuniti maritim tempatan terutamanya nelayan yang telah membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkap pencuri hasil laut negara. Tiga kru termasuk seorang tekong yang ditahan merupakan warganegara Vietnam.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan meningkatkan lagi rondaan keselamatan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan keselamatan kapal dan bot yang berada di perairan Sarawak di samping untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang negara.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan supaya menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam atau MERS 999.

vietnam

Sumber : Unit Komunikasi Korporat Pejabat Maritim Malaysia Negeri Sarawak