LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU PINANG, 24 Mac – Sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Indonesia didapati karam pada jarak lebih kurang 7 batu nautika dari Barat Muka Head. Bot tersebut telah dikesan oleh Kapal Maritim (KM) SATRIA milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor pada pukul kira-kira 10.25 pagi dalam keadaan separuh tenggelam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, KM SATRIA dalam perjalanan ke Pulau Langkawi untuk menyertai LIMA 19, telah mengesan sebuah bot berwarna biru telah karam. KM SATRIA seterusnya  menghampiri bot karam tersebut dan mendapati tiga orang kru di atas bot karam tersebut.

Dua orang mangsa iaitu Ibrahim bin Ismail, 59 dan Sopian bin Mohamad, 42 berjaya diselamatkan namun Firman bin Amirudin, 23 telah meninggal dunia. Kesemua mangsa berasal dari Acheh,Indonesia. Menurut kru yang selamat, punca bot mereka karam adalah kerana letupan yang berlaku di ruang jentera yang menyebabkan bot bocor dan karam.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

 
 
 
 
 
BOT KARAM SEORANG MAUT
 
BOT KARAM SEORANG MAUT 2
 
BOT KARAM SEORANG MAUT 3