LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TANJUNG BIDARA, 19 Mac – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan seorang tekong bot bersama tiga orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan tidak diwartakan dengan menggunakan sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran di perairan Tanjung Bidara, Melaka pada lewat malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata, pihaknya telah menahan tekong bot gentian kaca dan PATI tersebut dalam operasi yang dijalankan lebih kurang jam 11.00 malam.

“Seorang tekong bot dan tiga orang (PATI) warga Indonesia yang kesemuanya lelaki berumur lingkungan 20 hingga 38 tahun ditahan dalam satu operasi pemantauan yang juga dibantu oleh Sistem Pengawasan Maritim (Laut) SWASLA dalam mengesan pencerobohan dan penyeludupan di perairan Selat Melaka”.

“Tangkapan ini adalah hasil operasi khas selepas maklumat diterima mengenai pergerakan sebuah bot yang mencurigakan dari perairan Pulau Rupat, Indonesia ke perairan Tanjung Bidara, Melaka.Pihak kami berjaya memintas dan menahan bot tersebut di posisi lebih kurang 2.3 Batu Nautika dari Barat Laut Pulau Tanjung Bidara, Melaka.”

Amran menjelaskan bahawa kesemua yang ditahan iaitu seorang tekong dan tiga orang PATIakandisiasat mengikutAktaImigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). 

IMG-20190319-WA0000 IMG-20190319-WA0004

Sumber:

Unit Komunikasi dan korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan