LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

ROMPIN,  20 Mac - Mayat salah seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot pancing yang dinaikinya karam ditemui di pesisir pantai Pulau Acheh tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, mangsa dikenali Alfa Rizuan bin Abd Aziz, 40, seorang warga tempatan hilang bersama seorang lagi rakannya ketika bot memancingnya karam pada 16 Mac lalu kira-kira 19.2 batu nautika dari perairan Tanjung Gemok. Operasi Mencari dan Menyelamat diaktifkan sebaik sahaja menerima aduan berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di persisir pantai Pulau Acheh oleh penduduk kampung kira-kira 16 batu nautika dari lokasi bot dilaporkan karam. Maritime Rescue Sub centre (MRSC) Kuantan menerima makluman penemuan mayat tersebut pada jam 1.22 tengah hari semalam dan ia disahkan sebagai pemancing yang hilang oleh isteri mangsa.a

Pihak Maritim Malaysia juga menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan susulan, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diteruskan bagi mencari seorang lagi pemancing yang masih belum ditemui,” katanya.

MAYAT PEMANCING HILANG DITEMUI

m