WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 12 November – Kapal Maritim (KM) Jarak secara rasminya menamatkan perkhidmatannya di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu apabila telah selamat ditenggelamkan untuk dijadikan sebagai Peranti Pemuliharaan Biodiversiti di perairan Pulau Redang, semalam.

KM Jarak dan sebuah lagi kapal iaitu KM Lingitan dari Daerah Maritim 10 Tok Bali yang akan di tenggelamkan di perairan Pulau Perhentian merupakan hadiah untuk dilupuskan daripada APMM kepada Jabatan Taman Laut dalam usaha pemuliharaaan alam sekitar dan ia akan dijadikan sebagai tarikan baru kepada penggemar aktiviti selam SCUBA di samping menjadi habitat bagi spesies hidupan marin.

Untuk rekod KM Jarak adalah dari kelas Sipadan dan dahulunya dikenali sebagai KD Badek yang telah berusia 40 tahun ketika mula beroperasi di bawah arahan DM9 pada 2006. Sepanjang tempoh tujuh tahun beroperasi KM Jarak telah banyak berjasa dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan disamping melaksanakan undang-undang di perairan Terengganu.

Warga DM9 dan bekas anak-anak kapal khasnya mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada KM Jarak.

DSC 0181 DSC 0213

 

Sumber: LK I (M) Mohd Hisham bin Surat

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Terengganu