LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 18 Mac - Hasrat untuk menangkap ikan tanpa dikesan pihak berkuasa tidak berhasil, apabila dua bot pancing dan juragan ditahan pihak Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau di perairan Inderasabah, Tawau semalam.

 

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Ops Pluto Timur dan Ops Maharlika II di kawasan tanggungjawab, telah menahan bot pertama tanpa nombor pendaftaran pada jam kira-kira 1.15 petang. Manakala bot kedua berjaya ditahan 10 minit selepas itu di perairan yang sama.

 

Kedua-dua buah bot pancing ini disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002.

 

“Pemeriksaan mendapati juragan bot berkenaan, seorang warga tempatan berumur 31 tahun gagal mengemukakan lesen bot manakala juragan kedua berumur 14 tahun telah melanggar syarat sah lesen. Di mana nama juragan tidak sama pada lesen bot,” ujar beliau.

 

Kedua-dua juragan ditangkap manakala bot telah ditahan dan diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut seterusnya diserah pada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk tindakan selanjutnya.

 

DUA JURAGAN DITAHAN

 

DUA JURAGAN DITAHAN 2

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau