LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING, 14 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bekerjasama dengan Tentara Nasional Indonesia (TNI) mebebaskan sebuah bot pancing tempatan yang ditahan pihak TNI semalam.

Pihak Maritim Malaysia menerima satu laporan berkenaan penahanan sebuah bot pancing milik warga tempatan oleh Tentara Nasional Indonesia (TNI) pada jam 8.30 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan memberitahu, pihak Maritim Malaysia menerima maklumat daripada pihak polis selepas  pemilik bot  berkenaan membuat laporan menyatakan beliau dihubungi oleh tekong pada jam kira-kira 7.12 pagi, melalui khidmat pesanan ringkas mengenai penahanannya.

Ketika ditahan, bot berkenaan berada pada jarak lebih kurang 53.2 batu nautika utara Tanjung Datu. Bot terbabit membawa 11 orang penumpang warganegara Malaysia dan tiga kru dimana salah seorang daripadanya merupakan warganegara Indonesia.

“Hasil rundingan dan persefahaman yang erat antara Maritim Malaysia dan TNI, persetujuan dapat dicapai untuk melepaskan bot pancing tersebut pada jam 2 petang semalam. Bot kini dalam perjalanan balik ke Kuching dan dijangka tiba pada harini,”ujar beliau.

Komuniti maritim di negeri Sarawak dinasihatkan agar menjauhi kawasan yang berhampiran dengan sempadan negara jiran bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

kerjasama dua negara bebaskan bot pancing 2

 

kerjasama dua negara bebaskan bot pancing

 

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sarawak