LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUDAT, 14 Mac – Demi keuntungan segera, dua bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat ketika sedang leka menunda pukat di kawasan kurang dari tiga batu nautika daripada daratan di kawasan perairan Tanjung Kapor, Kudat sekitar jam 3 pagi.

Kedua-dua bot terbabit, masing-masing dengan dua nelayan iaitu seorang tekong dan seorang awak-awak yang berumur diantara 40 ke 50 tahun, warga Indonesia turut ditahan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, kebanyakan bot melakukan aktiviti ini pada lewat malam dan awal pagi. Mereka sanggup bergelap demi mengelak daripada dikesan oleh pihak penguatkuasa. Soal keselamatan juga diabaikan demi keuntungan segera.

“Kedua-dua bot serta kru yang ditahan, dibawa ke jeti awam Kudat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,” katanya.

Aktiviti menunda di kawasan larangan diharamkan kerana ia boleh merosakkan batu karang dan menjejaskan keseimbangan ekosistem alam.

 

PR BOT SIRING

 

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kudat