LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU,12 Mac Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot jongkong tempatan disyaki membawa barangan runcit tanpa dokumen yang sah di sekitar perairan Tanjung Doris, Tawau pada 11 Mac lalu.

 

 

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot jongkong tersebut ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada kedudukan 0.9 batu nautika Timur Tanjung Doris dipercayai menuju ke Pulau Nunukan, Indonesia semasa menjalankan Operasi Pluto Timur pada jam 8.30 malam.

 

"Pemeriksaan awal mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan pelbagai barangan runcit dan makanan sejuk beku tanpa dokumen yang sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau.

Dua orang warga tempatan iaitu seorang juragan dan pembantu juragan masing-masing berumur 32 dan 48 tahun turut berada di atas bot jongkong tersebut," katanya.

 

Kesemua yang ditahan termasuk muatan barangan dan bot jongkong dirampas dianggarkan bernilai hampir RM100,000.00 telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki dalam cubaan menyeludup barang keluar ke negara jiran.

WhatsApp Image 2019-03-12 at 16.49.48 WhatsApp Image 2019-03-13 at 08.57.15
 
Sumber / Foto :
Staf Unit Perhubungan Awam 
Zon Maritim Tawau