LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR, 12 MAC - Sebuah kapal dagang asing ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor kerana bersauh secara haram di perairan Tanjung Piai,Johor.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, berkata, kapal tersebut ditahan pada kedudukan kira-kira 4.4 batu nautika tenggara dari Tanjung Piai sekitar jam 10.00 pagi.

"Pusat Operasi Maritim Negeri Johor telah mengarahkan sebuah bot ronda maritim melakukan pemeriksaan ke atas kapal tersebut sebaik memperoleh maklumat pengesanan radar dari Area Control Center (ACC) Johor,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut bersauh secara haram tanpa izin Pengarah Laut Malaysia dan pemilik gagal memastikan jumlah keanggotaan yang mencukupi di kapal sepertimana Sijil Keanggotaan Selamat.

Kapal yang berdaftar di Ulaan Baatar, Mongolia itu dikendalikan oleh tiga orang kru dan seorang kapten kapal, lelaki warga Indonesia. Kesemua yang ditahan berada dalam lingkungan umur 26 hingga 59 tahun. Kapal kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta-akta berkaitan.

KAPAL DAGANG BERSAUH HARAM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Johor