LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU UNDAN, 9 Mac  Dua mangsa bot layar karam berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di perairan Pulau Undan awal pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 pagi tadi, bot layar terbabit hampir karam selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata pihaknya menerima panggilan daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut yang memaklumkan mengenai isyarat kecemasan (distress)  oleh bot layar hampir terbalik di kedudukan 0.1 Batu Nautika dari Pulau Undan.

“Pihak kami segera menugaskan aset ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat mangsa karam. Apabila pasukan Maritim Malaysia tiba dilokasi, dua kru telah berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan sea boat milik mereka ke jeti Pulau Undan dan kelihatan bot layar tersebut telah tenggelam dan hampir karam dengan keadaan laut yang bergelora,” ujar beliau.

Terrance, 68 tahun wargananegara Portugal dan George Alfredo, 50 tahun warganegara Mexico merupakan kru yang terselamat dari bot layar karam tersebut.

“Kedua-dua mereka  tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa pulang ke Jeti Maritim di Kuala Linggi disini untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.  

Mereka dikatakan baru sahaja membeli bot layar tersebut di Langkawi dan memulakan pelayaran sejak 3 Mac lalu untuk menuju ke Batam sebelum ke destinasi akhir di Hong Kong.

Ini merupakan kes pertama bagi tahun 2019 melibatkan kejadian kecemasan di laut perairan Melaka dan Negeri Sembilan. 

IMG-20190309-WA0001 IMG-20190309-WA0005
WhatsApp Image 2019-03-09 at 22.11.48 1  

 

Sumber: Unit Komunikasi dan Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan