JOHOR BAHRU, 09 Mac - Sebuah kapal tangki ditahan kerana bersauh secara haram tanpa kebenaran Pengarah Laut Malyaysia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor di kedudukan lebih kurang 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai,Johor kira-kira pukul 1.30 tengah hari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, berkata, kapal berkenaan ditahan susulan gagal mengemukakan sebarang dokumen dan lesen yang membenarkan kapal bersauh di kawasan perairan Johor itu.

“Kapal tangki yang berdaftar di Micronesia tersebut dikendalikan oleh lapan kru warga Indonesia termasuk master dalam lingkungan umur 24 tahun hingga 45 tahun. Namun ketika pemeriksaan dijalankan hanya empat orang kru termasuk master berada di atas kapal, mankala kru yang lain dimaklumkan telah pulang ke Indonesia,” katanya.

Kapal haram berkenaan ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

KAPAL  TANGKI BERSAUH HARAM

 

 

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Negeri Johor