LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

KOTA KINABALU, 8 Mac – Tiga buah bot nelayan tradisional dan sebuah pam bot disyaki melakukan pelbagai kesalahan berjaya ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),Maritim Negeri Sabah 6 Februari lalu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan, berkata, bot nelayan tersebut ditahan di kawasan kurang tiga batu nautika Tanjung Lipat, telah melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki pengenalan diri yang sah, disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1983 dan juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah.

“Empat orang nelayan juga turut ditahan dalam operasi tersebut masing-masing dalam lingkungan 37 hingga 54 tahun.Namun, seorang daripada nelayan tersebut berjaya melarikan diri,” katanya. 

Bot nelayan yang berjaya ditahan, diiringi masuk ke Jeti Sepanggar untuk siasatan lanjut. 

4 buah bot nelayan di tahan di tanjung lipat 1  

4 buah bot nelayan di tahan di tanjung lipat 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Negeri Sabah