LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 7 Mac - Sebuah bot nelayan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dengan menggaji warga asing tanpa permit oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Sabah dalam satu operasi khas yang dijalankan diperairan Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan berkata, pemeriksaan mendapati 17 orang awak-awak, disyaki warganegara Vietnam berumur antara 26 hingga 56 tahun berada di atas bot tersebut. Namun, sembilan daripada awak-awak tersebut tiada dalam senarai kru yang didaftarkan untuk bekerja.

"Bot nelayan tersebut dikesan pada jarak kira-kira lima batu nautika barat Pulau Gaya pada awal pagi ketika sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan. Bot kemudian ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Sepanggar untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media disini harini.

Tambahnya, bot tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen 19(4)(t) iaitu melanggar syarat permit penangkapan ikan asing dan jika didapati bersalah setiap anggota kru bot yang tidak mempunyai permit boleh dikenakan denda tidak lebih RM5000 setiap seorang.

Kamaruszaman menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan di perairan Malaysia khususnya di Perairan Sabah.

APMM TAHAN BOT NELAYAN LANGGAR PERMIT KRU WARGA  ASING

 

APMM TAHAN BOT NELAYAN LANGGAR PERMIT KRU WARGA  ASING 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sabah