LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 7 Mac - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan sebuah bot nelayan tempatan pada pukul kira-kira 3.35 petang semalam di kedudukan lebih kurang satu batu nautika barat daya Tanjung Gemoh di Perairan Sedili Kechil.

Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan, Pengarah ZMTS berkata, pihaknya mengesan sebuah bot nelayan kelas A sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda ketika melakukan rondaan dalam Operasi JAKSA.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga nelayan tempatan termasuk tekong berada di atas bot berkenaan dan dianggarkan lebih kurang 50 kilogram ikan campur dipercayai hasil dari aktiviti menangkap ikan di zon yang tidak dibenarkan ditemui. Kesemua mereka dan hasil rampasan di bawa ke jeti ZMTS untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunakan pukat tunda di bawah zon yang dibenarkan. Jika disabitkan kesalahan, tekong dan kru boleh dikenakan kompaun.

BNT Langgar Syarat Lesen BNT Langgar Syarat Lesen 2

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili.