LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

LANGKAWI, 6 MAC- Mangsa bot nelayan Thailand yang karam di perairan Satun dan ditemui terdampar di Pulau Pasir, Langkawi akhirnya telah selamat di hantar pulang dengan menaiki feri Langkawi-Satun pada pukul 5.30 petang lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Mohd Said berkata, mangsa telah dibenarkan keluar dari Hospital Langkawi pada jam 4.00 petang dan akan dipindahkan ke hospital di Satun. Mangsa, Yahaya Piah, 41, bersama waris telah menaiki feri Kenangan 3 sambil diiringi oleh dua orang pegawai perubatan dari Hospital Langkawi.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa memberitahu beliau dan rakan-rakan telah menyewa sebuah bot untuk keluar memancing. Pada malam kejadian, bot dinaiki mangsa dipukul ribut dan karam di Perairan Pulau Tarutao, Thailand. Mangsa sempat berpaut pada tong ikan dan berenang sejauh hampir 12 kilometer sebelum ditemui terdampar di Pulau Pasir, Langkawi”, tambah beliau.

Proses penghantaran mangsa melibatkan kerjasama daripada Maritim Malaysia, Pengurusan Hospital Langkawi, Jabatan Imigresen Malaysia (Langkawi), Syarikat Langkawi Andaman Ferry Ventures Sdn. Bhd. serta Pejabat Parlimen Langkawi.

 

MANGSA BOT THAILAND KARAM DIHANTAR PULANG 2 

 MANGSA BOT THAILAND KARAM DIHANTAR PULANG 1

 

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis