LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING, 5 Mac  – Panglima Satu Divisyen Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Toh Choon Siang membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak hari ini. Lawatan tersebut adalah bersempena dengan Dato’ Toh yang akan bersara wajib setelah 42 tahun berkhidmat dalam Tentera Darat.

Dalam rangka lawatan beliau, Dato’ Toh diberikan taklimat ringkas oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Negeri Sarawak, Komander Maritim Hamiludin Che Awang berkenaan konsep operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak dan beliau juga membuat lawatan ke bangunan pentadbiran Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Sejurus tiba di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), beliau memeriksa kawalan kuarter utama dan mengambil tabik hormat. Ketibaan Panglima Satu Divisyen Infantri Malaysia disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan dan Timbalan Pengarah (Operasi) Negeri, Komander Maritim Hamiludin Bin Che Awang.

Dalam pertemuan tersebut juga Dato’ Toh mengucapkan terima kasih kepada Laksamana Pertama Maritim Robert kerana telah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada tahun lepas dan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Maritim Malaysia pada masa depan.

EDITED 3EDITED 2  
EDITED 5edited 6  

Sumber :

Lt Dya(M) Nazaruddin Bin Morshidi

Pegawai Perhubungan Awam

Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak