LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING,4 Mac– Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia Ke-14 Peringkat Negeri Sarawak bermula semalam. Perasmian HUT telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan.

      Sambutan HUT Maritim Negeri Sarawak dimulakan dengan solat jemaah dan bacaan yasin yang diadakan di Masjid Darul Naim, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) yang diketuai oleh Komander Maritim Hamiludin Bin Che Awang.
 
    Selain aktiviti sambutan HUT di peringkat Negeri Sarawak, penerangan tentang kesedaran dan keselamatan di laut turut giat dilaksanakan menerusi taklimat kepada komuniti maritim di negeri Sarawak menerusi hebahan media. 
 
     Kemuncak kepada sambutan HUT ialah pada 3 Mac 2019 di mana satu pertandingan memancing yang terbuka kepada orang awam telah dilaksanakan. Objektif pertandingan memancing ini diadakan adalah bagi merapatkan lagi jurang antara masyarakat setempat dan Maritim Malaysia. Selain itu, ‘Open ship’ juga diadakan dimana Kapal Maritim Sri Aman telah dibuka untuk dilawati orang ramai.
 
   Program derma darah dan ujian saringan kesihatan juga diadakan dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai penutup sambutan HUT peringkat Negeri Sarawak. 
 
EDITEDEDITED 2  
DERMA DARAH EDITEDEDITED 3  
EDITED 5EDITED SRI AMAN