LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 1 Mac - Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Itulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan kejadian malang yang menimpa sebuah bot pancung yang dilaporkan karam lebih kurang 5 batu nautika dari Pulau Nunuyan Laut di Sandakan pada 1 Mac.

Bot pancung yang membawa 11 orang penumpang itu disyaki dalam pelayaran dari Pulai Taganak, Filipina menuju ke Sandakan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Pusat Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) pada jam 12.20 tengah hari.

Bot tempur CB217 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalankan latihan pengendalian bot melihat sekumpulan orang sedang berpaut di sebuah bot yang telah terbalik sedang melambai-lambai ke arah mereka.

“Lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki berumur diantara 22 hingga 29 tahun dan dua lagi perempuan berumur 19 dan 21 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota TLDM. Manakala enam lagi mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan tiga kanak-kanak yang masih hilang dikhuatiri lemas.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 2.03 petang melibatkan sebanyak 6 buah aset laut dari Maritim Malaysia, TLDM dan PPM,” katanya ketika ditemui pada sidang media sebentar tadi.

Keadaan laut yang bergelora dan pukulan ombak yang kuat pada pukul 6.30 petang itu dikatakan menjadi punca bot yang dinaiki mereka terbalik.

Ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa yang terselamat yang berkata mereka baru sahaja berlepas sekitar setengah jam dari Pulau Taganak, Filipina.

Pada sidang media yang sama, Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan MAWILLA 2, Komander Jamhari Katimin TLDM berkata KD Sri Tiga akan bekerjasama dengan KM Serasan milik Maritim Malaysia untuk bertindak sebagai On-Scene Coordinator (OSC).

Maklumat yang baru diterima sehingga pukul 6 petang tadi, seorang mayat kanak-kanak lelaki, Kimar b. Herman berusia 7 tahun telah ditemui oleh bot Kilat 37 milik Maritim Malaysia lebih kurang 0.2 batu nautika dari tempat kejadian.  

Manakala seorang mayat wanita dewasa berumur 42 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya baru dijumpai. Operasi SAR ditangguh dan akan disambung semula pada keesokan hari meliputi kawasan seluas 187 batu nautika persegi.

WhatsApp Image 2019-03-02 at 9.49.43 AM

WhatsApp Image 2019-03-02 at 9.49.42 AM

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Sandakan