LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 5 Mac - Nasib malang bagi sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia menemui kegagalan, apabila bot yang dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Perjudi yang lalu.  

Seorang tekong juga ditahan bersama-sama tujuh orang PATI yang cuba di bawa masuk melalui jalan yang tidak diwartakan menggunakan sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran itu.

Kepten Maritim Hj Amran Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berkata, pihaknya telah menahan tekong bot gentian kaca dan PATI tersebut dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 11.00 malam.

Beliau memberitahu Maritim Malaysia menahan seorang tekong bot dan tujuh orang (PATI) lelaki warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 46 tahun dalam satu operasi pemantauan yang juga dibantuoleh Sistem Pengawasan Maritim (Laut) SWASLA dalam mengesan pencerobohan dan penyeludupan di perairan Selat Melaka.

“Tangkapan inimerupakan hasil operasi khas selepas kami menerima maklumat terdapatnya pergerakansebuah bot yang mencurigakan dari perairan Indonesia ke perairan Sungai Sekawang, Pasir Panjang, Port Dickson. Pihak kami telahmembuat pencarian dan telah menghampiri sebuah bot pancung gentian kaca namun bot tersebut memecut laju. Adegan kejar mengejar berlaku lebih kurang 10 minit seterusnya pihak kami berjaya memintas dan menahan bot tersebut di posisi lebih kurang 0.6 Batu Nautika dari Selatan Pulau Perjudi, Port Dickson,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa semua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Beliau juga berkata, pada tahun 2019 ini Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya membuat tangkapan sebanyak10 kes di bawah Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

IMG-20190305-WA0001

IMG-20190305-WA0004

Sumber :

Pegawai Perhubugan Awam Maritim Negeri Melaka/ Negeri Sembilan