LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PENYELUDUPAN LABI-LABI BERNILAI RM 150 RIBU TUMPAS 

Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat berjaya menahan dua individu dan merampas tujuh bungkusan yang mengandungi labi-labi (Carettochelysinsculpta) dianggarkan bernilai RM 150,000 yang disyaki cuba diseludup masuk pada awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Bin Othman, berkata, hasil daripada pemeriksaan keatas sebuah bot berhampiran Tanjung Tohor pada jam 12.30 pagi semalam mendapati tujuh buah bungkusan yang mengandungi lebih kurang 3,300 ekor labi-labi dipercayai cuba dibawa masuk untuk dipasarkan ke negara ini. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 150,000 termasuk sebuah bot yang digunakan dalam cubaan itu.

"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama antara Zon Maritim Batu Pahat dengan Pasukan Gerakan Am Batalion 6 serta anggota Pos Parit Unas." Katanya.

Kes diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat untuk disiasat.

 

WhatsApp Image 2019-02-27 at 3.56.02 PM

 

WhatsApp Image 2019-02-27 at 3.56.02 PM1