LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GELUGOR18 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Australian Border Forces (ABF) memperhebatkan lagi kerjasama antarabangsa dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan dengan memulakan majlis perasmian "Operasi Redback XII" di Dewan Tertutup Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) KD Sri Pinang, Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Laksamana Muda Maritim Dato' Mohd Aliyas bin Hamdan, bersama Commander Chris Waters, ABF South East Asia Regional Director. Majlis turut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang (MNPP) Kepten Maritim Hamizan bin Harun, dan Inspector Uriah Turner, ABF First Secretary (Malaysia & Brunei).

Laksamana Muda Maritim Dato' Mohd Aliyas bin Hamdan, berkata, Operasi Redback XII di Pulau Pinang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama iaitu persediaan/koordinasi melibatkan pengumpulan maklumat oleh pasukan risik/detektif MNPP dan lawatan ke hot spot area. Fasa kedua iaitu penguatkuasaan dan fasa ketiga de-brief dan penyediaan laporan.

Beliau memberitahu dua aset maritim iaitu Kapal Maritim Marlin dan Kapal Maritim Sikuati ditugaskan dalam operasi kali ini. Operasi ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan latihan antara Maritim Malaysia dan ABF. Di samping mempergiatkan lagi operasi bersama khususnya melibatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan migran.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut pelbagai wakil jabatan dan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Polis Marin, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Wakil komuniti maritim iaitu Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Persatuan Agen Perkapalan Utara Malaysia turut hadir bagi memeriahkan majlis.

WhatsApp Image 2019-02-18 at 13.40.04

WhatsApp Image 2019-02-18 at 12.45.16

WhatsApp Image 2019-02-18 at 12.44.00 

WhatsApp Image 2019-02-18 at 12.44.15

 

WhatsApp Image 2019-02-18 at 12.45.16