LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT,12 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat telah berjaya menahan seorang nelayan disyaki memiliki dadah sewaktu sedang menangkap ikan disini semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman menyatakan “ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Batu Pahat, mereka menahan sebuah bot fiber yang sedang menangkap ikan pada jam 10.10 malam kira – kira 1 Batu Nautika dari Sungai Ayam”.

Hasil pemeriksaan lanjut didapati seorang nelayan warga tempatan berusia 25 tahun berada di atas bot tersebut. Ketika bot tersebut digeledah, anggota penguatkuasa Maritim Malaysia menemui 1 paket mengandungi serbuk hablur jernih disyaki dari jenis syabu dianggarkan seberat 2.0 gram.

Kes disiasat di bawah seksyen 12 (2) kerana disyaki memiliki dadah di bawah akta dadah Berbahaya 1952. Nelayan dan Bot tersebut dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut dan pendakwaan.“

Zon Maritim Batu Pahat serius dalam usaha membanteras aktiviti –aktiviti nelayan yang melanggar undang – undang. Justeru itu Maritim Malaysia mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang – undang maritim yang berlaku di perairan negara ini. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan pusat operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07 -4344020 jelas beliau.

 

P2121975gsdfgdf

 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam ZM Batu Pahat