LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 31Januari – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan pada jarak lebih kurang 16.5 batu nautika dari Barat Daya Pulau Kendi oleh kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang lebih kurang jam 10.15pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama empat orang awak-awak kesemua lelaki warga Myanmar berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. Mereka disabitkan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tekong dan empat orang awak-awak gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung, ikan campur anggaran 10 kg ditahan dan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau juga menegaskan kepada pengusaha bot-bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan serta menggaji pekerja-pekerja yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

IMG 20190131 150305

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Pulau Pinang