LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 29 Januari – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan pada jarak lebih kurang 10 batu nautika dari Barat DayaPulau Kendi oleh kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang lebih kurang jam 4.40 petangkelmarin.

 

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong lelaki warga Thailand berumur 42 tahun bersama dua orang awak-awak warga Thailand semuanya lelaki berumur 45 tahun dan 51 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai terdekat.

 

"Bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung, ikan campur anggaran 800 kg ditahan dan dibawa ke JetiLimbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut. Dalam bulan Januari sahaja, kami telah berjaya menahan 4 buah bot tarik tepi termasuk bot tersebut. Pihak kami memandang serius berkenaan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya.

 

Beliau turut mengingatkan agar Komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

 

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Pulau Pinang