LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU PINANG, 29 Januari – Sebuah bot nelayan tempatan jenis lampu dikhuatiri hilang di kedudukan 48 batu nautika dari Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang. Bot tersebut dilaporkan hilang oleh pemilik setelah gagal dihubungi sejak dua hari yang lalu.

 

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, bot tersebut yang dikendalikan oleh seorang tekong lelaki warga Thailand keluar bersama-sama dengan bot induk (bot tunda C2) dari Jeti Pangkalan Bagan Kapur, Kuala Kedah pada 24 Januari 2019 lebih kurang pukul 3 petang. Kali terakhir pemilik dapat menghubungi bot mangsa berkenaan melalui walkie talkie UHF jenis Motorola pada 25 Januari 2019 lebih kurang pukul 10 pagi. Walaubagaimanapun, bot mangsa gagal dihubungi semula oleh pemilik pada jam 6 petang hari yang sama. Pemilik bot tersebut memaklumkan bot lampu kepunyaan beliau terpisah dengan bot induk disebabkan cuaca dan keadaan laut yang buruk. Bagaimanapun, bot induk telah selamat pulang ke Jeti Bagan Kapur, Kuala Kedah pada 7 petang.

 

"MRSC Langkawi telah mengaktifkan operasi carilamat (SAR) pada pukul 7.30 pagi ini. KM Marlin dari Maritim Negeri Perak dan KD Mahamiru dari Tentera Laut Diraja Malaysia telah ke lokasi terakhir mangsa dan seterusnya membuat pencarian di sektor SAR yang telah ditetapkan,” katanya.

 

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

 

 Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Pulau Pinang