LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT , 27 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah di kawasan perairan Tanjung Tohor awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat , Komander Maritim Mohammad Bin Othman dalam kenyataan beliau memberitahu bertindak atas maklumat awam, bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan dari Batu Pahat ke Perairan Muar. Semasa dalam rondaan tersebut bot Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan. Bot tersebut diarahkan untuk berhenti tetapi ia terus memecut laju dan tidak mengendahkan amaran secara lisan yang diberikan. Bot tersebut kemudiannya menuju ke kawasan pokok bakau yang berhampiran dalam usaha untuk meloloskan diri dan suspek telah terjun ke kawasan bakau tersebut lalu meninggalkan bot gentian kaca ditepi kawasan bakau.

“Hasil dari pemeriksaan disekeliling bot tersebut mendapati sebuah beg yang mengandungi 3 bungkusan plastik yang disyaki dadah seberat 1kilogram setiap satu” katanya. Nilai rampasan barangan tersebut dianggarkan berjumlah 150 ribu ringgit.

Bot tersebut telah dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan akan disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak Maritim Malaysia juga menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasa yang lain bagi membantu mengesan dan menangkap suspek yang berjaya meloloskan diri tersebut. Maritim Malaysia juga sentiasa berkerja sama dengan agensi lain bagi membanteras penyeludupan yang berlaku.

1  2  3

 Disediakan Oleh : 

Unit Perhubungan Awam

Zon Maritim Batu Pahat