LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 9 Januari - Seorang juragan dan empat penumpang pam bot disyaki warganegara asing telah berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana melakukan kesalahan di sekitar perairan Kinabutan, Tawau.
 
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan dan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan lalu menahan bot tersebut pada lebih kurang jam 08.45 petang semalam. Pihak Maritim Malaysia mendapati pam bot berkenaan dipercayai menuju keluar dari daerah ini ke Filipina secara tidak sah.
 
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang juragan dan empat penumpang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua kanak- kanak perempuan masing- masing berumur dalam lingkungan 2 tahun hingga 32 tahun memiliki dokumen diri passport yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati pam bot tersebut turut membawa muatan sebanyak 17 tong gas Liquid Petroleum Gas (LPG) dan 60 jerigen minyak petrol berisi tanpa sebarang dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)disyaki cuba untuk diseludup ke negara jiran.
 
Kesemua yang ditahan termasuk  barang kawalan yang dirampas dan pam bot dianggarkan bernilai RM16,700 disyaki diiringi masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan lagi pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999

 03 - Copy  02 - Copy
   
Sumber / Foto :
Staf Unit Perhubungan Awam
Zon Maritim Tawau