ALOR SETAR - 31 Dis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 13 set peralatan menangkap ikan iaitu bubu kamban yang juga dikenali sebagaibubu naga (China Prawn Net Trap) di sekitar perairan Tanjung Dawai semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, berkata, hasil rondaan di kawasan perairan Tanjung Dawai, mereka telah menemui 13 set berupa peralatan menangkap ikan (bubu naga) yang masing-masing berukuran lebih kurang 10 meter panjang. Peralatan tersebut dipercayai dipasang di beberapa lokasi yang berbeza sepanjang kawasan tersebut.

Tambah beliau, Jabatan Perikanan Kuala Kedah telah memaklumkan bahawa pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk peralatan bubu naga di perairan Negeri Kedah.

“Penggunaan Bubu Naga diharamkan kerana boleh menjejaskan sumber perikanan lain, tidak boleh berangkai dan bersambung kerana ia perlu dibuat satu persatu asalkan mempunyai dua injap seunit. Kesemua bubu tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 8(a), Seksyen 10 (2),dan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985,” katanya.

WhatsApp Image 2018-12-30 at 4.56.55 PM

Sumber :

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah