LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

ALOR GAJAH, 20 Disember  –  Dua rakyat tempatan antara yang ditahan bersama lima orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran pesisir pantai kawasan Telok Gong,Melaka pada awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, berkata penahanan ini berjaya dibuat hasil dari risikan dan operasi bersama antara Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang dijalankan kira-kira jam 2.10 pagi tadi.

“Penahanan 2 lelaki warga tempatan beserta 5 orang  (PATI) warga Indonesia terdiri dari3 lelaki dan 2wanita berumur lingkungan 19 hingga 31 tahun dalam satu operasi bersama PDRM di pesisir Pantai Negeri Sembilan untuk mengenalpasti lorong tikus yang digunakan oleh sindiket penyeludupan keluar/masuk PATI”.

“Tangkapan itu adalah operasi khas selepas kami menerima maklumat terdapatnya pergerakan keluar masuk yang mencurigakan dari perairan Indonesia ke perairan Telok Gong. Pihak kami  telah membuat serbuan dan berjaya memberkas PATI warga Indonesia yang disyaki baru sahaja mendarat di pantai Telok Gong. Amran menjelaskan bahawa kesemua yang ditahantelah diserahkan kepada pihak PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kesemua meraka akan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bersama jabatan dan agensi berkaitan dalam usaha meminimumkan aktiviti jenayah rentas sempadan serta kesalahan di Zon Maritim Malaysia khasnya di perairan Melaka dan Negeri Sembilan. Orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

WhatsApp Image 2018-12-21 at 08.57.24 1 WhatsApp Image 2018-12-21 at 08.57.24

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat MN Melaka & Negeri Sembilan