LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

ALOR GAJAH, 20 Disember  –  Mayat seorang remaja ditemui terapung oleh anggota Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di kedudukan 0.4 Batu Nautika Tanjung Dahan pada jam lebih kurang 11.35 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, berkata pusat operasi maritim disini menerima laporan mengenai penemuan mayat terapung oleh nelayan dan seterusnya anggota telah digerakkan untuk mengambil mayat tersebut. Beberapa minit selepas itu satu laporan kehilangan seorang remaja telah diterima dan kami percaya laporan tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan penemuan mayat tersebut.

“Mayat telah berjaya diangkat dan dibawa ke Jeti Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di RTC Kuala Linggi pada jam lebih kurang 12.12 tengahari dan pengadu telah dipanggil untuk membuat pengecaman mayat. Suasana hiba menyelubungi seluruh keluarga mangsa yang tiba sejurus pengecaman mayat dilakukan oleh ibu beliau dan mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak bongsu mangsa yang hilang sejak semalam,” Ujar Amran dalam satu kenyataan disini.

“Mengimbas kehilangan awal mangsa Khairul Azhar bin Aziz berusia 19 tahun dan tidak bekerja dilaporkan telah keluar seorang diri menjala ikan seorang diri di pesisir Pantai Kuala Sungai Baru sejak semalam pada jam lebih kurang 10 pagi dan tidak pulang ke rumah. Abg mangsa, Mohd Saat bin Aziz yang menyedari mangsa masih tidak pulang telah berusaha mencari sejak semalam dan telah membuat laporan polis awal pagi tadi memaklumkan kehilangan mangsa. Dengan penemuan mayat tersebut telah memberi jawapan mengenai kehilangan adiknya.

SAR SAR
SAR 2 SAR 2

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan