KUCHING, 12 Dis 2018 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak hari ini telah mengadakan latihan dan ujian penembakan senjata kecil di Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia (PULAPOL) Kuching. Latihan dan ujian ini melibatkan para pegawai dan pegawai lain-lain pangkat yang bertugas di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

            Senjata kecil yang digunakan untuk latihan tersebut adalah dari jenis pistol CZ, Glock dan juga M16. Objektif latihan dan ujian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para pegawai dan anggota didalam pengendalian dan penggunaan senjata api. Selain itu, ujian juga dilakukan untuk memenuhi syarat kompetensi pegawai penguatkuasa untuk membawa senjata api semasa bertugas.

            Latihan ini diketuai oleh Ketua Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Sarawak iaitu Komander Maritim Hamiludin bin Che Awang yang juga memangku jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sarawak. Bagi meningkatkan kesungguhan anggota-anggota dalam meningkatkan kemahiran penembakan, satu pertandingan telah dibuat dimana pertandingan penembakan senjata api kecil tersebut telah dimenangi oleh pasukan Bravo Eagle yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Nicholas Jugah anak Sanji dan penembak terbaik keseluruhan ialah Leftenan Maritim Mohd Hafizi bin Shamsuri.

            Komander Maritim Hamiludin pada taklimat awal beliau memaklumkan bahawa aktiviti seperti ini akan diadakan sebagai aktiviti tahunan kerana ianya merupakan keperluan kepada anggota penguatkuasa Maritim Malaysia yang sentiasa terdedah kepada ancaman semasa menjalankan operasi.

 

Kumpulan Bravo Ujian Penembakan

 

Sumber : Leftenan Madya (M) Nazaruddin bin Morshidi

                Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Sarawak