LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 14 Disember – Enam cedera apabila sebuah kapal malim membawa 4 orang krew dan 2 orang krew kapal tangkimeletup dalam kejadian petang tadidi 5 batu nautika barat daya pulau sialu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang itu, kapal malim yang sedang bertambat disebelah kapal tangki Gas Infinity tersebut sedang melakukan kerja memindahkan barangan kapal tangki tersebut.4 orang krew kapal malim dan 2 org krew kapal tangki mengalami kecederaan melecur.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat , Komander Maritim Mohamad bin Othman berkata, sebaik menerima laporan berhubung insiden tersebut, seramai lima (5) anggota dikejarkan ke lokasi tersebut.

"Sebaik tiba, pihak kami mendapati terdapat kesan letupan pada kapal malim tersebut.Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nora Ismail," katanya.

Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia supaya memastikan kapal dan bot yang berada di perairan Negara terjamin dan mematuhi undang-undang. Pihak kami mengalu-alukan maklumat dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim melalui talian hotline 07-4344020 yang beroperasi secara 24 jam.

Sumber :

Unit Perhubungan Awam ZM Batu Pahat

 

IMG 1639  WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.34 PM

WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.34 PM 1  WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.33 PM