BATU PAHAT, 14 Dis – Enam krew kapal cedera dan mengalami kecederaan melecur apabila sebuah kapal malim membawa empat orang krew dan dua orang krew kapal tangki meletup dalam kejadian petang tadi di kedudukan 5 batu nautika barat daya Pulau Sialu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang itu, kapal malim yang sedang bertambat disebelah kapal tangki Gas Infinity tersebut sedang melakukan kerja memindahkan barangan ke kapal tangki tersebut.

Komander Maritim Mohamad bin Othman, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat berkata, sebaik menerima laporan berhubung insiden tersebut, seramai lima (5) anggota ditugaskan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pihak kami mendapati terdapat kesan letupan pada kapal malim tersebut. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nora Ismail," katanya.

Tambahannya, Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia supaya memastikan kapal dan bot yang berada di perairan Negara terjamin dan mematuhi undang-undang.

Pihak kami mengalu-alukan maklumat dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim melalui talian hotline 07-4344020 yang beroperasi secara 24 jam.

IMG 1639  WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.34 PM

WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.34 PM 1  WhatsApp Image 2018-12-14 at 11.13.33 PM

Sumber :

Unit Perhubungan Awam ZM Batu Pahat