LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 7 Dis – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 telah ditahan pada jarak lebih kurang 7.2 batu nautika dari Selatan Pulau Kendi oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang lebih kurang jam 6.15 petang semalam.

Komander Maritim Ahmad Faez bin Mat Ghani, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pulau Pinang berkata, hasil  dari pemeriksaan seorang tekong bersama dua orang awak-awak warganegara tempatan berumur lingkungan 42 hingga 66  tahun berada di atas bot tersebut dan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang 8 batu nautika dari pantai terdekat.

"Bot tersebut bersama satu pukat tunda gulung, lebih kurang 60 kg ikan baja dan 10 kg ikan campur ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Pihak kami memandang serius berkenaan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ditalian kecemasan 24 jam 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 005

Sumber:
Pegawai Perhubungan Awam Negeri Pulau Pinang.