LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MELAKA, 30 November – Satu mayat telah ditemui oleh nelayan tempatan lebih kurang jam 12.40 tengah malam tadi oleh di sekitar perairan Pulau Besar di kedudukan 1 Batu Nautika di antara Pulau besar dan Pulau Dodol.

Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berkata, mayat tersebut dipercayai seorang pemancing berdasarkan pakaian terakhir yang dipakai mangsa. Mayat telah dibawa ke Jeti Pantai Siring dan disahkan sebagai Md Rashid bin Md Jizan, 52 tahun setelah pengecaman dilakukan oleh anak mangsa. Mayat seterusnya dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai terutamanya komuniti maritim dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta mengutamakan langkah-langkah keselamatan di laut sebelum melaksanakan aktiviti dilaut. Pengguna laluan laut seharusnya perlu sedar dan sentiasa dilengkapi alat bantuan kecemasan persendirian (Personal locater beacon-PLB) yang mampu menyediakan isyarat kecemasan yang tepat bagi tujuan menyelamat. Secara tidak langsung ia dapat mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda."

Katanya lagi, "berdasarkan statistik Maritim Malaysia, laporan kejadian SAR di seluruh Negara yang diterima sepanjang tahun lebih banyak berbanding pengesanan isyarat sistem kecemasan Corpas Sarsat."

Jelasnya komuniti maritim perlu lebih peka dengan dengan kepentingan memiliki PLB kerana ianya akan menyampaikan isyarat kecemasan kepada sistem Corpas Sarsat iaitu sistem satelit yang digunakan pada masa kini bagi kegunaan operasi pencarian di laut. Ianya memudahkan pasukan penyelamat mengesan lokasi sebenar kejadian.

WhatsApp Image 2018-11-29 at 09.49.15 WhatsApp Image 2018-11-29 at 14.07.01
WhatsApp Image 2018-11-29 at 16.18.03 WhatsApp Image 2018-11-30 at 10.52.13

Sumber:

Unit Perhubungan Awam MN Melaka dan Negeri Sembilan