LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 27 November – Bot Peronda milik Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menahan 3 buah bot nelayan tempatan Kelas A pada jam lebih kurang12.20tengah malam hingga 1.30 awal pagi tadi. Ketiga-tiga buah bot tersebut ditahan pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari muara Sungai Belanak, Juru, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, ketiga-tiga tekong bersama dua orang awak-awak warganegara tempatan yang berada di atas bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002 kerana mengambil kerang dari tapak kultur kerang tanpa lesen yang sah.

"Bertindak atas aduan awam yang memaklumkan terdapat beberapa buah bot nelayan menceroboh dan mengambil kerang dari tapak kultur kerang telah membawa kepada kejayaan tangkapan tersebut. Ketiga-tiga buah bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan lebih kurang 305 kg kerang dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan  dan tindakan lanjut.”

Beliau menegaskan Maritim Malaysia memandang serius dalam menangani aktiviti di laut secara haram dan menegaskan agar komuniti maritim tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang sedia ada. Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-262 6146.

 

 

Sumber :

Unit Perhubungan Awam MN Pulau Pinang