LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 24 November – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mencari seorang nelayan lelaki warganegara Kemboja berumur 28 tahun dipercayai jatuh laut dari atas bot pukat jerut yang bertambat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, Pulau Pinang telah dijumpai oleh komuniti nelayan di perairan jeti tersebut.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut lebih kurang jam 10.40 malam kelmarin.

 

"Sejurus laporan kecemasan diterima, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terus dilaksanakan oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan lebih kurang jam 9.00 malam, mayat mangsa telah ditemui oleh komuniti nelayan yang berada di Jeti LKIM Batu Maung”, katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ini telah melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia", katanya lagi.

 

Beliau juga menasihatkan agar komuniti nelayan haruslah berhati-hati semasa berada di atas bot dan sentiasa memandang serius terhadap aspek keselamatan terutamanya memakai jaket keselamatan agar dapat menghindarkan diri daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

 

Sumber :

Pegawai Perhubungan Awam MN Pulau Pinang